Wednesday, September 18, 2013

Mahkamah tolak rayuan seorang peminjam mahu saman PTPTN



KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank, yang namanya telah disenarai hitam kerana didakwa telah gagal melunaskan pinjaman pendidikan, hari ini gagal dalam usahanya untuk mengubah keputusan Mahkamah Sesyen menolak samannya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Zakaria Sam menolak di dalam kamar rayuan Mandeep Singh untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen menolak samannya terhadap PTPTN.

Peguam Abdul Malik Hakim yang mewakili Mandeep memberitahu wartawan bahawa hakim itu juga memerintahkan anak guamnya untuk membayar kos sebanyak RM3,500 kepada PTPTN.


No comments:

Post a Comment