Saturday, October 5, 2013

Cabaran Buat Mukriz



SUNGAI LIMAU : Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan Plihanraya Kecil pada 4 November ini adalah satu cabaran besar ekoran beliau merupakan menteri besar baru di Kedah.

Sungai Limau merupakan Kubu kuat Parti Islam Semalaysia (PAS) mendatangkan keresahan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai kosong susulan kematian penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah pada 26 September lepas.

Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu selepas mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.

sumber : Bernama