Thursday, October 31, 2013

Friendship Improve Happiness...









Lee Kwangsoo Fan Meeting in Malaysia

Good news to all fans of variety show Running Man
Especially the giraffe Lee Kwangsoo

20131025_LWS_1

Lee Kwang Soo is now confirmed to head to Malaysia for a fan meeting!


After successful with his first fan meeting in Singapore last August, organizer Faith & D Entertainment, Lee’s agency King Kong Entertainment and JS Concert Productions are co-organizing a fan meeting in Malaysia for the fans to meet the ‘The Prince of Asia‘ on January 4, 2014 at KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur, at 7pm.

Are you joining?

More information is yet to be released soon
Stay tuned on any Kpop websites for more details.

Resipi Durian Crepe (Mayra Version)

Hai readers..
Kali ni nak berkongsi resepi Durian Crepe my own version
Disebabkan teringin sangat, malas pula nak membeli yang dah dijual sebab nanti tak emnepati citarasa, 
maka wujud la resipi ni..

Ok let's proceed..

 Bahan-bahan yang perlu ada
 - tepung gandum
- tepung ubi
- tepung kastard
- gula caster
susu ( Mai prefer susu dutch lady full cream) 2 kotak yg kecik sahaja
- vanila essence, pewarna kuning telur
- whipping cream
- (isi durian yang dah dikopek) BAHAN YANG PENTING SEKALI 

 Benda ni memang kena la buang biji kan..ambik isi je, 
kecuali korang nak crepe tu ini biji durian..haha

Jom mulakan proses membuat kulit crepe

oh ya telur jangan dilupa ye..sebiji dah cukup

1 sudu besar tepung ubi
1 cawan susu dutch lady
sebiji telur
secawan air putih
yang dalam bekas pink tu butter ye...butter yang dah dicairkan
sy guna 4 sudu kecil butter



tepung dalam 50/100 gram (ikut aggaran kuantiti nak dibuat)
kalau nak buat banyak, maka banyak la gram tepung
(makluman- tepung kalau nak halus ayak la terlebih dahulu)


tepung dicampur dengan susu dengan gula castor (2 sudu besar gula castor)

yang ni pula dah dicampur bersama telur yang dipukul manja guna garfu je
bila tepung dah halus dan mencair macam gambar di atas, next step masukkan titisan esen vanila
lepas tu masukkan butter cair tadi dan jangan dilupa juga masukkan air secawan tu
klu nak smooth kan kacau sebati guna whisker



lepas tu masukkan pewarna kuning 


 ( klu nak kuning tu cantik titis kan lebih sikit)

Taraaa....ni hasil nye kuning yang agak pekat

next, kita tapiskan adunan tadi supaya tak ada yang berketul-ketul, nak bagi halus
nanti kulit crepe tak cantik


sekarang beralih ke cara nak masak kulit crepe
What you should do next? panas kan api, make sure api kecil je
 guna pan fry yang tak melekit
(maaf sangat, pan yg sy guna dah agak klasik) tak cantik macam orang lain

yg ni guna senduk yang selalu guna untuk cedok sup, 
tapi bukan yang besar tau saiz yang comel je
 ingat, api kena perlahan, kalau tak nnt kulit crepe hangus

ini hasil kulit crepe yang berjaya
malas nak guna pinggan yang banyak, sebab ada yg risau takut melekat 1 sama lain kan
Mai main bantai je tindih pinggan yang sama
dan nasib la tak melekat

 Next: Untuk bahan inti crepe
korang dah nampak kan tadi bahan2 yang diguna

untuk cream, Mai pilih whipping cream Base Rich's 

Whipping cream ni dah manis, jadi tak payah letak gula lagi tau..
kalau nak jimat, boelh guna half dari kotak, tapi kalau nak lemak crepe korang, lebihkan la sikit
hehe


putar kan whipped cream sampai kental dan tak jatuh ye..guna mixer


yang ni dah kental dah..

ke proses seterusnya, cara menggulung crepe

korang dah ready kan dengan bahan yang dah dibuat tadi?
kulit crepe, whipped crepe yang dah di mixer kan
and lastly bahan penting isi durian..kau tinggal tu memang bukan durian crepe lah namanya tuhh


 Memula, letak sesudu kecil krim, isi durian..

 Lapiskan semula dgn krim.. ta payah banyak2, kang susah nak balut..

ok next, sy tak smepat nak snap gambar sebab dah asyik melipat ke kiri kanan
tarik kulit atas bawah, terbalikkan..

dan TADAAAHH!!

INI DIA HASIL DURIAN CREPE SAYA.. ^_^

Percubaan pertama, boleh laaa....
walau tak sehebat pakar durian crepe di luar sana yang membuat bisnes crepe ni
kalau setakat nak mengisi tekak sendiri dan orang rumah, saya pass la kiranya...

hehehehe

p/s: Kalau anda bukan penggemar durian, boleh tukar inti nak guna bahan lain, dan wujudkan crepe lain
contohnya, guna biskut oreo, jadi crepe oreo, 
bubuh coklat, boleh jadi crepe coklat and so on..

Selesai sudah sesi berkongsi resepi
di masa lapang mai banyak juga buat aktiviti masak memasak tapi tak semua sempat nak snap gambar
tapi, kalau ada resepi nak dikongsi, In Sha Allah mai akan kongsikan

Terima kasih kerana membaca..selamat mencuba 
^_^