PENDANG : Sebanyak 14 unit kedai deret Bangunan Seroja di sini hangus dalam kebakaran pada awal pagi tadi.
Tiada sebarangan kemalangan berlaku dalam kejadian kira-kira 2.25 pagi kerana penghuni sudah pulang ke rumah ekoran kedai yang dibuka sudah ditutup.
"Kedai ini sudah berusia lebih 20 tahun. Saya pun dah lapan tahun menyewa daripasa Majlis Daerah Pendang," kata pemilik kedai barang emas Khairudin Majid, 39 yang mengalami kerugian sebanyak RM300,000.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar, Mohd Izham Abd Rahim berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit selepas menerima panggilan pada 2.25 pagi, mendapati kira-kira 80 peratus bangunan sudah terbakar dan kes ini akan disiasat puncanya.
sumber : BERNAMA