Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah 1435 H


Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1435H buat semua pembaca, juga buat Muslimin dan Muslimat di luar sana.


Tema sambutan pada kali ini ialah ''Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah''.


Alhamdulillah...Tahun baru Islam telah tiba.. Syukur masih diberi kesempatan bernafas bagi menyambut tahun baru, diberi peluang untuk memperbaiki diri, segala kelemahan yang ada untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.



Doa Awal Tahun dan Awal Tahun Islam


doa akhir dan awal tahun 2013 1435 h, kaifiat membaca doa akhir dan awal tahun 2013

Persediaan sempena Tahun Baru..


Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada waktu akhir Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.



Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas waktu Maghrib pada malam Satu Muharram

"Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut".


Semoga ALLAH menerima semua amal ibadah dan taubat kita semua, dipermudahkan urusan, dan diberi ruang menjadi insan yang lebih baik. In Sha Allah.