Thursday, October 24, 2013

Good Friends are Like Stars










Brunei laksanakan undang-undang Syariah


BANDAR SERI BEGAWAN: Perlaksanaan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina yang dilaksanakan pada peringkat nasional menjadikan Brunei muncul sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan undang-undang syariah Islam itu.

Pemerintah negara itu, Sultan Hassanal Bolkiah berkata, pengenalan kepada undang-undang Islam itu tidak perlu ditangguh lagi kerana kelengkapan untuk melaksanaknnya sudah ada dan persediaan selama beberapa tahun akan dikuatkuasakan secara berperingkat enam bulan kemudian.

Ia turut merangkumi hukuman Islam termasuk merejam penzina bagi yang sudah berkahwin, memotong tangan bagi pencuri dan hukuman sebat ke atas penganut Islam yang melakukan pelbagai salah seperti minum arak dan menggugurkan anak.

Hukuman ini hanya akan dilakukan terhadap penganut agama Islam sahaja.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.