MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan bahawa cuti hujung minggu bagi negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.
Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.
Titah itu telah dibuat bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda yang ke-55.
Sebelum ini, negeri Johor pernah bercuti umum pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu pada Tahun 1994 dahulu. Tetapi cuti itu ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad apabila Johor Bahru diisytihar menjadi Pusat Bandaraya.