Wednesday, December 4, 2013

Banjir di tiga tempat semakin membimbangkan

Banjir di tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Terengganu semakin buruk berikutan paras air sungai di kawasan yang terlibat banjir meningkat ke paras bahaya.

Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam Selasa.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir.

*******

Jumlah mangsa banjir di Johor Baharu yang dipindahkan setakat ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang sebelum ini.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi minggu ini.

*******

Di Kuala Terengganu pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir.

Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang semalam Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan.