SELAMAT BERANGKAT: Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah melambai
kepada para jemputan yang turut mengiringi baginda berdua sebelum
menaiki pesawat diraja di LTAK di Kuching, semalam. — Gambar Chimon Upon
KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah semalam
berangkat pulang selepas lawatan tiga hari ke negeri ini sempena
Perayaan Hari Malaysia Ke-50.
Baginda berdua yang berangkat pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat diraja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira jam 5 petang, turut diiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Agong berangkat pulang Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.
Turut mengiringi keberangkatan baginda berdua adalah Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri Dato Sri Empiang Jabu dan menteri-menteri kabinet lain.
Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan pelbagai etnik yang mengiringi baginda berdua sebelum menaiki pesawat.
Lawatan baginda berdua ke negeri ini dimulakan dengan menghadiri acara perarakan kapal berhias di Tebingan Kuching pada sebelah malam Ahad lepas disusuli menghadiri Istiadat Perbarisan Rapat Raksasa Hari Malaysia Ke-50 pada pagi Isnin.
Sementara pada sebelah malamnya pula, baginda berdua menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Islam Sarawak sebelum berangkat pulang petang semalam.

No comments:
Post a Comment